Tuesday 1 December 2015

Sejak dua menjak ni.. Malas sangat.. Kenapa?

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak cerita bab malas. Bukan malas apa, malas nak buat assignment.
Aku ni blajar lagi sambil bekerja. Kelas hujung minggu, hari ahad.
Ni dah nak hujung2 sem ni dah.

Adat la kan orang yang blajar mesti ada assignment atau tugasan yang kena buat.
Tak kira blajar separuh masa pun tetap kena buat tugasan yang diberikan oleh lecterur.

Penyakit MALASSSSS...muncul.
Aduiii, mcm mana ni, dah la minggu ni kelas kena submit assignment, latihan kena submit dan tambah lagi ada test untuk subjek tertentu.




Tengok je la pages paper dan screen ni duk hadap hari2, tapi kerja tak siap2 jugak. 
Sedeyyy rasanya.Ada sesuatu yang tak tenang ni dalam hati aku. 
Astaghfirullah...
kembali kepadaNya mudahan akan dapat jawapannya. Insha Allah




Monday 30 November 2015

Keperitan yang dirasai tiada siapa yang mengerti - Pak Yus

Sememangnya pemergian arwah Pak Yus memang mengejutkan.Secara tiba-tiba malam tadi kira-kira 12.15 pagi arwah pergi meninggalkan kita di katakan akibat sesak nafas.

Antara punca arwah dikatakan meninggal dunia adalah sesak nafas.Dan menurut satu sumber sememangnya arwah mempunyai masalah jantung.

Kita ikuti luahan rasa Allahyarham Pak Yus sebelum dia meninggal dunia. Tiada siapa yang mengerti susah payahnya untuk dia meneruskan hidup tanpa kedua orang tua nya. Namun dengan sikap cekal dan tabah, dia tetap melangkah untuk maju ke depan.


Arwah jugak di kenali rapat di kalangan teman-teman seorang yang baik hati dan pemurah. Alhamdulillah, dia turut berbakti pada pihak-pihak yang memerlukan.

Mari kita ikuti kisah dari seorang sahabat Allahyarham 

Hari ini...perginya Pak Yus menghadap Ilahi.

Al - fatihah

Berita terkini punca kenapa Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

pak yus
Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’
Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi
Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.

yus-jambu

Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015
Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
punca kematian
Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.

jam-10

Pak Yus Jambu Meninggal Selepas Menjayakan Program Raja Band
Menyayat hati apabila Program Raja Band yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam 29 November 2015 adalah event terakhir buat arwah Yus Jambu. Untuk info, Yus Jambu meninggal dunia sebaik sahaja selesai menjayakan program “Raja Band” pada lewat malam Ahad 29 November 2015.

status akhir

Pengumuman Rasmi Yus Jambu Disahkan Meninggal Dunia 30.11.2015
Afdlin Shauki dan Jihan Muse turut memaklumkan bahawa Allahyarham Yus Jambu telah menghadap Ilahi.

meninggal
jihan


foto-jenazah
jenazah
jenazah 3

Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015
Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.

selayang
pak yus 1 yus 1 yus 2 yus 3
 jambu
selayang 2
hattan
yus meninggal 1 yus meninggal 2 yus meninggal 3 yus meninggal 4
yus 3
van jenazah

Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarham Yus Jambu 30.11.2015
Allahyarham Pak Yus Jambu telah selamat disemadikan di kampung halamannya di Kangar Perlis selepas selesai solat Zohor. Sebelum itu, jenazah Yus Jambu sempat dimandikan dan disembayangkan di Masjid Nurul Iman, Bintong, Kangar.

pengebumian
yus pengebumian


yus pengebumian 3
yus-kebumikan

Foto Kenangan Pak Yus Bersama Kumpulan Jambu

jambu 1

Yus Dalam Kumpulan Virus Di Maharaja Lawak Mega

yus 4

Al-Fatihah Yus Jambu Dalam Kenangan 1976-2015

kenangan 1
 kenangan 2 kenangan 3
yus 2 yus
yus 5 yus 6 yus 4
yus-meninggal
yus arwah

Sunday 7 September 2014

Raya 2014

Salam semua. Dah hampir setahun lbh tiada apa-apa perkembangan pasal blog aku ni. Penyakit malas tu sentiasa menjadi penyebab utk aku terus mencoret di blog ni.
Untuk kali ini aku persembahkan foto keluarga semasa sambutan raya tahun ni. Sekarang kami sudah berempat. Anak yang sulung dah 1 tahun 6 bulan, anak kedua dah berumur 4 bulan.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah swt kurniakan setakat ni. Walaupun dihimpit dengan kekangan masa yang tidak pernah cukup namun semuanya bagaikan hilang rasa penat lelah itu bila melihat riang gembira anak isteri di depan mata.
Semoga hubungan kekeluargaan kami terus kekal bahagia hingga akhir hayat kami. Doakan kami ya wahai teman-teman.

Tuesday 26 March 2013

Hargai ia

Kehidupan ini hanya sekali, kita seharusnya menghargai nikmat hidup ni dengan sebaik mungkin. Sewajarnya kita patut menghargai diri kita sendiri dahulu sebelum mahu menghargai orang lain, mahupun apa sahaja yang berada di sekeliling kita. Saya teringat kata-kata seseorang "kita patut menghargai apa yang kita ada sebelum apa yang kita ada itu benar-benar telah tiada". Bagi yang memahami akan maksud tersirat ini sudah pasti tidak mahu melakukan kesilapan dalam hidup ini. Mampukah kita?..dan ini lah yang akan diceritakan dalam entri saya kali ini...

Tetapi di sini saya tidaklah berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk entri ini.Cuma saya ingin mengajak kita semua menghargai satu sumber kurniaan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini iaitu air. Nampak ringkas saja ejaannya namun hakikat yang harus kita sedar bahawa ia penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dari bangun pagi hinggalah kita kembali tidur di malamnya, banyak aktiviti kita melibatkan penggunaan sumber asas ni. Pernahkah kita bayangkan kesannya kepada kita sekiranya bekalan air tidak mencukupi untuk penggunaan sehari-hari? rumit kan.!.. sudah pasti macam-macam rungutan yang kita lemparkan bila berdepan masalah air.Memang tidak dinafikan bukan salah kita apabila timbulnya masalah ketiadaan air ini.Faktor lain seperti kebocoran paip, kerja penambaikkan paip sedia ada ataupun tekanan air yang diterima tidak stabil adalah antara penyebab utama.

Masalah ketiadaan air ini telah berlaku kepada saya ketika ini dan hampir 4 hari lamanya saya berada dalam keadaan ini. Pada mulanya terasa hairan juga kenapalah air tiada dalam tempoh yang terlalu lama. Keesokan harinya barulah saya sedar bahawa masalah ketiadaan air ini turut berlaku kepada jiranku yang lain dalam komuniti yang besar ini.Setelah di siasat, didapati bahawa pihak pengurusan Syabas telah memotong bekalan air ke kawasan kediaman kami ekoran kegagalan pihak kami menjelaskan tunggakan air yang jumlah hutangnya saya kira sangat besar ketika ini.

Pasrah dengan keadaan ini, apa lagi daya mampu di buat. Tunggu saja la dan berharap masalah ini tidak berlarutan untuk tempoh yang lama.Bagi mengharungi kehidupan seharian, terpaksalah saya mendapatkan bekalan air dari sumber berdekatan dan bermulalah kerja angkut mengangkut ini. Memang memenatkan dan menyakitkan badan, apatah lagi terpaksa mengangkut air ke tingkat 3 berulang-ulang kali. Dalam kepayahan, kepenatan dan kesakitan itu barulah saya sedar betapa pentingnya menghargai sumber kurniaan Allah s.w.t. yang satu ini.Sesungguhnya kita manusia sentiasa di uji olehNya.Suatu ungkapan dengan rasa rendah diri.

sumber air..syukurrr.! walaupun penat mengangkut



Monday 25 March 2013

Hilang atau Kehilangan..?

My favorite song for this time.. Let's listen now



' hanya yang memahami saja mampu mengerti'


Anugerah-Nya

Hari ini 25hb Mac 2013 genap sebulan usia putera sulungku. Alhamdulillah keadaan Muhammad Harraz Naufal sihat dan semakin tembam dari hari ke hari. Ku panjatkan rasa syukur kepadaNya atas kurniaan Anugerah ini dan sesungguhnya kehadiran Naufal ( nama yang kami panggil ) pasti menambahkan ceria dalam kehidupan keluarga kami.

 Naufal ketika dilahirkan 25 Februari 2013


Tag tanda kelahiran Naufal

Terima kasih yang teramat tinggi kepada isteriku Norahayu Abd Rani atas kesabaran dan kekuatan menahan sakit berjam-jam untuk melahirkan anak kita. "yang, abang sangat hargainya". Pengalaman berada bersama isteri dalam dewan bersalin sangat berharga bagi aku seorang suami dan kini seorang ayah. Pengalaman ini tidak mungkin kita mampu kutip sekiranya kita bukan seorang suami kepada seorang isteri.Namun akhirnya aku pasrah apabila para doktor memberitahu isteriku perlu di bedah segera bagi menyelamatkan nyawa anak dan ibunya.Aku pasrah dengan keadaan ini dan sentiasa memberi semangat kepada isteriku dan berkata "everything will be ok, be strong"..

Selepas 6 hari di lahirkan dan keadaan isteri dan anakku sihat, barulah mampu memijak tanah menuju pulang ke kampung mertuaku di Gerik. Dalam tempoh itu juga la aku turut sama berada dekat dengan isteri dan anakku, kerana aku pasti itulah yang harus aku lakukan sebagai seorang suami dan ayah.Pengorbananku tidak minta di balas, jauh sekali minta di hargai namun cukuplah sekadar diingati bahawa aku sentiasa ada dalam susah dan senang kami bertiga.Dalam tempoh itu juga aku telah membiarkan diriku jauh dari keselesaan dan kenikmatan hidup yang indah buat seketika dan membiasakan diri dengan keadaan ala kadar. 

Naufal menjangkau usia sebulan

Melihatkan wajah Naufal membuatkan hatiku menjadi tenang,gembira selalu. Namun kekadang aku terfikir semula, mimpikah aku ni? betulkah aku sudah menjadi seorang ayah?..hahaaa.. sungguh sukar aku hendak menenangkan hatiku bahawa ini semua benar-benar kejadian dengan kuasa Allah s.w.t. Dalam kekaburan itu  aku kembali sedar hakikat sebenarnya.Naufal, anakku telah menjadi saksi bahawa aku seorang ayah sekarang di samping jawatan tetapku sebelum ini dari sembilan bulan yang lalu iaitu seorang suami kepada isteriku tercinta.. InshaAllah, janjiku dengan Maha Pencipta Alam semesta ini.