Hari ini 25hb Mac 2013 genap sebulan usia putera sulungku. Alhamdulillah keadaan Muhammad Harraz Naufal sihat dan semakin tembam dari hari ke hari. Ku panjatkan rasa syukur kepadaNya atas kurniaan Anugerah ini dan sesungguhnya kehadiran Naufal ( nama yang kami panggil ) pasti menambahkan ceria dalam kehidupan keluarga kami.
Naufal ketika dilahirkan 25 Februari 2013
Tag tanda kelahiran Naufal
Terima kasih yang teramat tinggi kepada isteriku Norahayu Abd Rani atas kesabaran dan kekuatan menahan sakit berjam-jam untuk melahirkan anak kita. "yang, abang sangat hargainya". Pengalaman berada bersama isteri dalam dewan bersalin sangat berharga bagi aku seorang suami dan kini seorang ayah. Pengalaman ini tidak mungkin kita mampu kutip sekiranya kita bukan seorang suami kepada seorang isteri.Namun akhirnya aku pasrah apabila para doktor memberitahu isteriku perlu di bedah segera bagi menyelamatkan nyawa anak dan ibunya.Aku pasrah dengan keadaan ini dan sentiasa memberi semangat kepada isteriku dan berkata "everything will be ok, be strong"..
Selepas 6 hari di lahirkan dan keadaan isteri dan anakku sihat, barulah mampu memijak tanah menuju pulang ke kampung mertuaku di Gerik. Dalam tempoh itu juga la aku turut sama berada dekat dengan isteri dan anakku, kerana aku pasti itulah yang harus aku lakukan sebagai seorang suami dan ayah.Pengorbananku tidak minta di balas, jauh sekali minta di hargai namun cukuplah sekadar diingati bahawa aku sentiasa ada dalam susah dan senang kami bertiga.Dalam tempoh itu juga aku telah membiarkan diriku jauh dari keselesaan dan kenikmatan hidup yang indah buat seketika dan membiasakan diri dengan keadaan ala kadar.
Naufal menjangkau usia sebulan
Melihatkan wajah Naufal membuatkan hatiku menjadi tenang,gembira selalu. Namun kekadang aku terfikir semula, mimpikah aku ni? betulkah aku sudah menjadi seorang ayah?..hahaaa.. sungguh sukar aku hendak menenangkan hatiku bahawa ini semua benar-benar kejadian dengan kuasa Allah s.w.t. Dalam kekaburan itu aku kembali sedar hakikat sebenarnya.Naufal, anakku telah menjadi saksi bahawa aku seorang ayah sekarang di samping jawatan tetapku sebelum ini dari sembilan bulan yang lalu iaitu seorang suami kepada isteriku tercinta.. InshaAllah, janjiku dengan Maha Pencipta Alam semesta ini.
No comments:
Post a Comment