Thursday, 2 September 2010

Di Akhir Ramadhan

Tinggal beberapa hari je lagi ramadhan akan
meninggalkan kita..
Aku plak terpaksa keja di luar KL, rasa macam malas
nak pergiya la mood raya dah dekat..
Tapi apa boleh buat,dah arahan terpaksa
la pergi jugak..
Harap boleh la settle sikit keja ni sebelum balik cuti raya.
Penat letih betul buat keja luar ni bulan puasa...
dahaga nak air,heheh
Tapi puasa tetap puasa, aku ni akan tergolong
dalam golonganinsan yang sabar dan tabah..hahaha

Friday, 27 August 2010

Ramadhan yang Mulia

Hari ni Ramadhan yang dah masuk hari ke 17...
Terasa begitu cepat berlalu..
Macam2 dugaan yang aku tempuhi di bulan yang mulia ini..
Rasa lemah jugak la badan ni untuk memikulnya..
Paling aku tak larat dalam minggu ni, banyak sekali
dugaan yang aku tempuhi..
Apapun aku tetap ingin teruskan ibadat di bulan mulia ni,
walaupun banyak dugaan yang ditempuhi..
Aku harus harungi dengan sabar dan tabah...
Hujung mggu ni cuti 4 hari,boleh rehat sikit..
Sebelum aku menjadi lagi sibuk dan lupa, baik aku tunaikan kewajipan
di bulan mulia ni.. Iaitu mengeluarkan 'zakat fitrah' .
Semasa jalan2 di Jusco Wangsa Maju, ternampak kaunter zakat.
Terus je lah aku tunaikan zakat aku.
Alhamdulillah terlaksana sudah...syukur..
Anda bagaimana? Jangan lupa tau...hahahaaa

Kadar zakat tahun ni bagi jajahan WPKL adalah RM7.

Sunday, 1 August 2010

Dan Bila Esok by ~ SOFAZ

Really like this song.. KENAPA? Ada la sebabnya kenapa..hahahaa

Kenangan Bersamamu..

Kenangan yang pernah di kecapi bersama teman2 sekerja dulu
tetap utuh berada dalam kotak ingatanku..
Sesungguhnya kita pernah melalui detik manis, suka dan duka bersama..
Walaupun telah lebih setahun berlalu tapi kenangan tu tetap
segar dalam ingatan..
Apapun harap semua kawan terus maju jaya walau di mana jua kalian berada..
Kenang daku dalam doaku..

Kenangan bersama rakan dalam satu jabatan. Ada 4 orang yang
meninggalkan kami...huhuhu

Masa aktiviti syarikat di Isi Rimba Kemensah.. best giler masa ni


Majlis perpisahan Nikmal, lepas pada tu bos plak yang tak de..huhuhu

Saturday, 31 July 2010

Masa Terlalu Pantas Berlalu

Kalau di hitung hari-hari yang telah berlalu rasanya
seperti baru saja dilalui..Apa yang berlaku tahun lepas, 6 bulan lepas,
3 bulan lepas rasanya masih baru..
Sedar ataupun tidak kita sebenarnya telah melalui setiap fasa
yang baru di mana apa yang berlaku semalam,
minggu lepas, bulan lepas hanya tinggal cerita...
Di manakah kita suatu masa akan datang?....
Bagaimanakah kita di masa akan datang?....
Apa yang kita nak jadi pada masa akan datang?...
Berbagai persoalan bermain di minda, menserabutkan fikiran,
.mengganggu emosi dalam diri..
Kenapa?...Sebab jangkauan masa depan amat perit di rasakan,
persediaan belum cukup untuk menghadapinya..

Andai dapat diundurkan masa minta bantuan Doraemon ,
ingin aku menelitidan merencana kehidupan agar lebih baik..
Tapi itu semua mustahil kerana Doraemon tiada untuk membantu,
penyesalan amat dirasai..
Sedang pula aku masih di sini, begini dan tiada yang terkini
untuk dibanggakan..
Perancangan sering tersasar jauh dan hanya tinggal angan-angan
yang entah bila bakal menjadi kenyataan..Serba salah di buatnya

Aku ingin seperti ini..
Aku ingin buat ini..
Aku ingin miliki ini..
Aku ingin bebas meneroka..
Aku ingin tak hingin lagi macam dulu..
Aku harap aku berjaya..InsyaAllah












Tuesday, 22 June 2010

Apa makna 32 ?..

Aku nak tanya korang semua, apa nombor yang
best bagi korang.Kalau aku la,nombor 32 dah menjadi trademark
aku sejak dulu lagi.
KENAPA?... susah nak terangkan, tapi bagi aku kombinasi
2 nombor sangat la best..Mungkin ada peristiwa atau kenangan
yang melibatkan 2 nombor ni..Memang la ada pun
Aku banyak guna 2 nombor ni untuk email dan Yahoo Messanger aku.
Apapun yang penting aku happy kan..

Monday, 21 June 2010

Lembaran Baru 2010

Assalammualaikum semua...
Tahun ini aku membuat perubahan besar dalam hidupku
dengan mewujudkan blog sendiri..hahaaa

Bukan untuk menunjuk ataupun mempromosikan diri
tetapi hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan
kawan2..

So, ada la di kalangan kawan2 yang sudi mengenali dan
berkawan denganku..