Tuesday, 26 March 2013

Hargai ia

Kehidupan ini hanya sekali, kita seharusnya menghargai nikmat hidup ni dengan sebaik mungkin. Sewajarnya kita patut menghargai diri kita sendiri dahulu sebelum mahu menghargai orang lain, mahupun apa sahaja yang berada di sekeliling kita. Saya teringat kata-kata seseorang "kita patut menghargai apa yang kita ada sebelum apa yang kita ada itu benar-benar telah tiada". Bagi yang memahami akan maksud tersirat ini sudah pasti tidak mahu melakukan kesilapan dalam hidup ini. Mampukah kita?..dan ini lah yang akan diceritakan dalam entri saya kali ini...

Tetapi di sini saya tidaklah berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk entri ini.Cuma saya ingin mengajak kita semua menghargai satu sumber kurniaan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini iaitu air. Nampak ringkas saja ejaannya namun hakikat yang harus kita sedar bahawa ia penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dari bangun pagi hinggalah kita kembali tidur di malamnya, banyak aktiviti kita melibatkan penggunaan sumber asas ni. Pernahkah kita bayangkan kesannya kepada kita sekiranya bekalan air tidak mencukupi untuk penggunaan sehari-hari? rumit kan.!.. sudah pasti macam-macam rungutan yang kita lemparkan bila berdepan masalah air.Memang tidak dinafikan bukan salah kita apabila timbulnya masalah ketiadaan air ini.Faktor lain seperti kebocoran paip, kerja penambaikkan paip sedia ada ataupun tekanan air yang diterima tidak stabil adalah antara penyebab utama.

Masalah ketiadaan air ini telah berlaku kepada saya ketika ini dan hampir 4 hari lamanya saya berada dalam keadaan ini. Pada mulanya terasa hairan juga kenapalah air tiada dalam tempoh yang terlalu lama. Keesokan harinya barulah saya sedar bahawa masalah ketiadaan air ini turut berlaku kepada jiranku yang lain dalam komuniti yang besar ini.Setelah di siasat, didapati bahawa pihak pengurusan Syabas telah memotong bekalan air ke kawasan kediaman kami ekoran kegagalan pihak kami menjelaskan tunggakan air yang jumlah hutangnya saya kira sangat besar ketika ini.

Pasrah dengan keadaan ini, apa lagi daya mampu di buat. Tunggu saja la dan berharap masalah ini tidak berlarutan untuk tempoh yang lama.Bagi mengharungi kehidupan seharian, terpaksalah saya mendapatkan bekalan air dari sumber berdekatan dan bermulalah kerja angkut mengangkut ini. Memang memenatkan dan menyakitkan badan, apatah lagi terpaksa mengangkut air ke tingkat 3 berulang-ulang kali. Dalam kepayahan, kepenatan dan kesakitan itu barulah saya sedar betapa pentingnya menghargai sumber kurniaan Allah s.w.t. yang satu ini.Sesungguhnya kita manusia sentiasa di uji olehNya.Suatu ungkapan dengan rasa rendah diri.

sumber air..syukurrr.! walaupun penat mengangkut



Monday, 25 March 2013

Hilang atau Kehilangan..?

My favorite song for this time.. Let's listen now



' hanya yang memahami saja mampu mengerti'


Anugerah-Nya

Hari ini 25hb Mac 2013 genap sebulan usia putera sulungku. Alhamdulillah keadaan Muhammad Harraz Naufal sihat dan semakin tembam dari hari ke hari. Ku panjatkan rasa syukur kepadaNya atas kurniaan Anugerah ini dan sesungguhnya kehadiran Naufal ( nama yang kami panggil ) pasti menambahkan ceria dalam kehidupan keluarga kami.

 Naufal ketika dilahirkan 25 Februari 2013


Tag tanda kelahiran Naufal

Terima kasih yang teramat tinggi kepada isteriku Norahayu Abd Rani atas kesabaran dan kekuatan menahan sakit berjam-jam untuk melahirkan anak kita. "yang, abang sangat hargainya". Pengalaman berada bersama isteri dalam dewan bersalin sangat berharga bagi aku seorang suami dan kini seorang ayah. Pengalaman ini tidak mungkin kita mampu kutip sekiranya kita bukan seorang suami kepada seorang isteri.Namun akhirnya aku pasrah apabila para doktor memberitahu isteriku perlu di bedah segera bagi menyelamatkan nyawa anak dan ibunya.Aku pasrah dengan keadaan ini dan sentiasa memberi semangat kepada isteriku dan berkata "everything will be ok, be strong"..

Selepas 6 hari di lahirkan dan keadaan isteri dan anakku sihat, barulah mampu memijak tanah menuju pulang ke kampung mertuaku di Gerik. Dalam tempoh itu juga la aku turut sama berada dekat dengan isteri dan anakku, kerana aku pasti itulah yang harus aku lakukan sebagai seorang suami dan ayah.Pengorbananku tidak minta di balas, jauh sekali minta di hargai namun cukuplah sekadar diingati bahawa aku sentiasa ada dalam susah dan senang kami bertiga.Dalam tempoh itu juga aku telah membiarkan diriku jauh dari keselesaan dan kenikmatan hidup yang indah buat seketika dan membiasakan diri dengan keadaan ala kadar. 

Naufal menjangkau usia sebulan

Melihatkan wajah Naufal membuatkan hatiku menjadi tenang,gembira selalu. Namun kekadang aku terfikir semula, mimpikah aku ni? betulkah aku sudah menjadi seorang ayah?..hahaaa.. sungguh sukar aku hendak menenangkan hatiku bahawa ini semua benar-benar kejadian dengan kuasa Allah s.w.t. Dalam kekaburan itu  aku kembali sedar hakikat sebenarnya.Naufal, anakku telah menjadi saksi bahawa aku seorang ayah sekarang di samping jawatan tetapku sebelum ini dari sembilan bulan yang lalu iaitu seorang suami kepada isteriku tercinta.. InshaAllah, janjiku dengan Maha Pencipta Alam semesta ini.



Tuesday, 19 March 2013

Mampukah aku..?

Agak lama juga aku tidak mencatatkan apa-apa cerita dalam ruangan yang aku cipta sendiri ini. Faktor masa masih menjadi alasan utamaku, namun aku tidak ingin terus menjadikan faktor itu sebagai halangan untuk aku berjaya dalam hidup ini.

Saban hari aku berfikir.. tentang ini. tentang keupayaanku. Mampukah aku sebenarnya? Untuk meneruskan apa yang telah lama aku impi dan rancangkan. Perasaan ini sentiasa bermain di ruang fikiranku, bila semangat baru datang aku cuba untuk kembali bangkit tapi tidak sampai sebulan aku jadi lemah kembali. Mengapa ya?

Aku perlukan semangat untuk meneruskannya, aku masih berpegang pada janji kan niatku yang satu,kerana itu lah sahaja lah keinginan aku yang terakhir untuk menjadi seorang insan yang berjaya.