Kehidupan ini hanya sekali, kita seharusnya menghargai nikmat hidup ni dengan sebaik mungkin. Sewajarnya kita patut menghargai diri kita sendiri dahulu sebelum mahu menghargai orang lain, mahupun apa sahaja yang berada di sekeliling kita. Saya teringat kata-kata seseorang "kita patut menghargai apa yang kita ada sebelum apa yang kita ada itu benar-benar telah tiada". Bagi yang memahami akan maksud tersirat ini sudah pasti tidak mahu melakukan kesilapan dalam hidup ini. Mampukah kita?..dan ini lah yang akan diceritakan dalam entri saya kali ini...
Tetapi di sini saya tidaklah berniat untuk menghuraikan lebih lanjut tentang tajuk entri ini.Cuma saya ingin mengajak kita semua menghargai satu sumber kurniaan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini iaitu air. Nampak ringkas saja ejaannya namun hakikat yang harus kita sedar bahawa ia penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dari bangun pagi hinggalah kita kembali tidur di malamnya, banyak aktiviti kita melibatkan penggunaan sumber asas ni. Pernahkah kita bayangkan kesannya kepada kita sekiranya bekalan air tidak mencukupi untuk penggunaan sehari-hari? rumit kan.!.. sudah pasti macam-macam rungutan yang kita lemparkan bila berdepan masalah air.Memang tidak dinafikan bukan salah kita apabila timbulnya masalah ketiadaan air ini.Faktor lain seperti kebocoran paip, kerja penambaikkan paip sedia ada ataupun tekanan air yang diterima tidak stabil adalah antara penyebab utama.
Masalah ketiadaan air ini telah berlaku kepada saya ketika ini dan hampir 4 hari lamanya saya berada dalam keadaan ini. Pada mulanya terasa hairan juga kenapalah air tiada dalam tempoh yang terlalu lama. Keesokan harinya barulah saya sedar bahawa masalah ketiadaan air ini turut berlaku kepada jiranku yang lain dalam komuniti yang besar ini.Setelah di siasat, didapati bahawa pihak pengurusan Syabas telah memotong bekalan air ke kawasan kediaman kami ekoran kegagalan pihak kami menjelaskan tunggakan air yang jumlah hutangnya saya kira sangat besar ketika ini.
Pasrah dengan keadaan ini, apa lagi daya mampu di buat. Tunggu saja la dan berharap masalah ini tidak berlarutan untuk tempoh yang lama.Bagi mengharungi kehidupan seharian, terpaksalah saya mendapatkan bekalan air dari sumber berdekatan dan bermulalah kerja angkut mengangkut ini. Memang memenatkan dan menyakitkan badan, apatah lagi terpaksa mengangkut air ke tingkat 3 berulang-ulang kali. Dalam kepayahan, kepenatan dan kesakitan itu barulah saya sedar betapa pentingnya menghargai sumber kurniaan Allah s.w.t. yang satu ini.Sesungguhnya kita manusia sentiasa di uji olehNya.Suatu ungkapan dengan rasa rendah diri.
sumber air..syukurrr.! walaupun penat mengangkut