Sunday, 7 September 2014

Raya 2014

Salam semua. Dah hampir setahun lbh tiada apa-apa perkembangan pasal blog aku ni. Penyakit malas tu sentiasa menjadi penyebab utk aku terus mencoret di blog ni.
Untuk kali ini aku persembahkan foto keluarga semasa sambutan raya tahun ni. Sekarang kami sudah berempat. Anak yang sulung dah 1 tahun 6 bulan, anak kedua dah berumur 4 bulan.
Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah swt kurniakan setakat ni. Walaupun dihimpit dengan kekangan masa yang tidak pernah cukup namun semuanya bagaikan hilang rasa penat lelah itu bila melihat riang gembira anak isteri di depan mata.
Semoga hubungan kekeluargaan kami terus kekal bahagia hingga akhir hayat kami. Doakan kami ya wahai teman-teman.