Monday, 30 May 2011

Erti Kasih Sayang

Buat kawan kawan tatapilah...

Tatap wajah insan2 tersayang diwaktu tidurnyer

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih........ .... mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.. ...ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan,yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar.

Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri,yang masih setia,namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat..... ... Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan. .... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya....

Renungkan... ...

Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna hidup kita sentiasa dirahmati.....Kadang- kadang kita perlu berkorban untuk kasih sayang itu....bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya.. ......

Wednesday, 25 May 2011

Yang mana SATU.. hanyalah SATU

Sekarang aku ada dua spek mata dgn power yg sama.. Sekali tengok design dia sama jer tapi sebenarnya tak serupa.. Design dua2 ni lebih kurang jer,sbb design cam ni la yg aku suka..Harga untuk dua2 lebih kurang RM400 satu..

Tapi bukanlah aku keluarkan duit sebanyak RM800 dlm satu masa untuk 2 spek tu. Satu jer yg baru aku buat.Tu pun tiap2 tahun aku ambil voucher dari adik aku sebanyak Rm200 yg company dia bagi.Sebab dia tak pakai spek,so aku sebat la voucher tu utk kegunaan aku..hehehe..( TQ my sis, next year mintak lagi ok )..

Ada problem dia gak sbb ada yang smart tapi selesa pakai, ada yg kurenggg smart tapi selesa pakai. Sakit atas hidung aku bila pakai yg tak selesa tu..Mana satu la yg aku nak pakai ni.Tak kan nak kluar duit buat spek baru lagi..oooo tak sanggup.

spek yg tak smart

Perlu ke aku pakai je yg selesa tu tapi kelihatan kurengg smart dan gaya nye..Selama ni aku pakai yg smart tu tapi sakit la atas hidung ni..Aduhaiii ini la probelm nya kalau selalu tukar spek..Kalau tak tukar tak boleh gak sbb dah kena tambah power kan..Sanggup la menahan sakit tu demi spek yg smart ni..

spek yg smart n bergaya

Tuesday, 24 May 2011

Aduhhh...sakitnya


Dah lama aku sakit gigi ni susahnya nak baik..Hari2 aku kena jaga betul pemakanan aku..
Nak jumpa doktor gigi aku tak nak..takuttttt...wpun kawan dah nasihat suruh pegi jumpa doktor,tapi aku tak nakkkk..

Nahhh... tahan je la azab sakit gigi ni..
kalau dah tak tahan gak nanti baru aku jumpa doktor..hehehe
Doakan aku cepat baik je tanpa jumpa doktor gigi.


Wednesday, 18 May 2011

UMBRELLA is Payung kan..

Sebut pasal umbrella semua org tahu itu ialah payung,yang biasa kita gunakan... Tapiiii dlm entry kali ni bukan aku nak cakap pasal payung ke, hujan ke ataupun panas ke.. Aku cuma nak kongsi story pasal umbrella..Iaitu KUMPULAN Umbrella..Korang semua ingat tak kumpulan ni yang pernah popular tahun 90'an dgn lagu hit diaorg "Ramalanku Benar Belaka"..

Sebenarnya secara tak sengaja aku terdengar kumpulan ni di temubual dalam salah satu stesen radio swasta tempatan mggu lepas..Bila terdengar tu jadi terus teringat sejarah kumpulan ini yg suatu masa dulu aku duk follow gak la aktiv
iti seni diaorg..Pas tu apa lagi,mula lah cari lagu2 hit diaorg kat youtube..Saja2 nak dengar semula lagu diaorg...Tak cukup dgn tu, aku try cari info2 terbaru tentang diaorg.

Rupa2nya diaorg ni tgh sibuk nak record new single bertajuk "Sayang bersebab"..InsyaAllah akan keluar la market nanti. Lagi best,diaorg join venture dgn komposer dan artis dulu2 mcm Saari Amri, Amir Ukays...Wowww...garenti mantop lah lagu ni..
Aku tak dgr lagi, search dlm youtube tak de lagi..Sabar je lah tunggu ya...


dari kiri Saiful, Zarul, Hafiz n ntah...haha




Lagu hit Umbrella suatu masa dulu - Ramalanku Benar Belaka

Lagi story lain pasal umbrella aku akan tetap follow..Kalau korang nak join pun boleh, cari la sendiri ya...hahaaa

Thursday, 5 May 2011

Kerana RINDUUU..aku mimpi lagi

Kerana teringat dan rindu yang amat sangat pada arwah ibu, telah membuatkan aku bermimpikan arwah semalam..Terasa begitu dekat dengan arwah, menikmati kebahagian walaupun hanya sementara..Aku rasa dah banyak kali selalu mimpikan arwah sebelum ini, miskipun sudah 8 bulan dia meninggalkan kami..

Segala suka,ceria dan gembira yang nampak di riak wajahku hanya luaran semata,tapi sebenarnya dalam hati hanya Allah swt saja yang tahu..Rasa kesal dan terkilan masih kuat melanda diri ini.Apapun aku harap arwah berbangga dengan aku sebagai seorang anak yang telah melakukan sebaik mungkin untuk nya. Walaupun rasa hati ini sebenarnya belum cukup lagi berbakti kepadanya..

Apapun takdirnya aku terima dengan penuh sabar dan tabah.. Semoga roh arwah ibu tenang dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Pada aku arwah adalah yang insan terbaik di dunia ini.Hujung minggu ini aku pasti akan menziarahi pusara ibu apabila pulang ke kampung..

Pesananku kepada kawan2..hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada..
Tiada peluang kedua seandainya mereka telah pergi meninggalkan kita buat selamanya

SELAMAT HARI IBU
aku ucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu..


Kenangan terakhir bersama arwah ibu

Wednesday, 4 May 2011

Percutian .... LANGKAWI

Aku kembali...First entry selepas sekian lama tidak mencoret apa2..Harapnya lepas ni aku akan lebih rajin dan kembali aktif berblog seperti mana yang aku inginkan sebelum ini..InsyaAllah

Pada 28hb-30hb April lepas aku telah bercuti di Langkawi bersama ahli keluarga seramai 7 orang.. Percutian yang telah dirancang lebih awal menampakkan hasil apabila hari yang di nanti tiba jua.. Perasaan sungguh gembira dan teruja untuk menjejakkan kaki di sana.Bagi aku yang dah 4 kali ke sana, tidaklah terasa ghairah sangat. Tetapi terbit jugalah rasa seronok dan puas hati kerana dapat membawa ahli keluarga yang pertama kali ke Langkawi.Aku dah jadi macam pemandu pelancong pula di sana,tak kisah la..yang penting seronok bercuti. Sebab dah lama tak pergi bercuti macam ni..

Dalam keseronokan itu, ada juga rasa sedih sebab percutian ini tidak disertai insan2 tersayang dalam hidupku.. Arwah ibu yang telah kembali ke Rahmatullah 8 bulan lal
u,ayah pula sudah uzur dan tidak mampu untuk berjalan jauh..Teringat masa2 lalu ketika kami satu keluarga berjalan2 atau pergi ke mana2 bersama,adanya ayah dan ibu...Sungguh bahagia sekali ketika itu.. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam diari hidup aku selamanya...KENANGAN ooohh Kenangan..huhuhu