Kerana teringat dan rindu yang amat sangat pada arwah ibu, telah membuatkan aku bermimpikan arwah semalam..Terasa begitu dekat dengan arwah, menikmati kebahagian walaupun hanya sementara..Aku rasa dah banyak kali selalu mimpikan arwah sebelum ini, miskipun sudah 8 bulan dia meninggalkan kami..
Segala suka,ceria dan gembira yang nampak di riak wajahku hanya luaran semata,tapi sebenarnya dalam hati hanya Allah swt saja yang tahu..Rasa kesal dan terkilan masih kuat melanda diri ini.Apapun aku harap arwah berbangga dengan aku sebagai seorang anak yang telah melakukan sebaik mungkin untuk nya. Walaupun rasa hati ini sebenarnya belum cukup lagi berbakti kepadanya..
Apapun takdirnya aku terima dengan penuh sabar dan tabah.. Semoga roh arwah ibu tenang dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Pada aku arwah adalah yang insan terbaik di dunia ini.Hujung minggu ini aku pasti akan menziarahi pusara ibu apabila pulang ke kampung..
Pesananku kepada kawan2..hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada..
Tiada peluang kedua seandainya mereka telah pergi meninggalkan kita buat selamanya
SELAMAT HARI IBU aku ucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu..
bersabar.....
ReplyDeletesentiasa berdoa kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibumu.....
TQ ana the geng..
ReplyDelete