Pada 28hb-30hb April lepas aku telah bercuti di Langkawi bersama ahli keluarga seramai 7 orang.. Percutian yang telah dirancang lebih awal menampakkan hasil apabila hari yang di nanti tiba jua.. Perasaan sungguh gembira dan teruja untuk menjejakkan kaki di sana.Bagi aku yang dah 4 kali ke sana, tidaklah terasa ghairah sangat. Tetapi terbit jugalah rasa seronok dan puas hati kerana dapat membawa ahli keluarga yang pertama kali ke Langkawi.Aku dah jadi macam pemandu pelancong pula di sana,tak kisah la..yang penting seronok bercuti. Sebab dah lama tak pergi bercuti macam ni..
Dalam keseronokan itu, ada juga rasa sedih sebab percutian ini tidak disertai insan2 tersayang dalam hidupku.. Arwah ibu yang telah kembali ke Rahmatullah 8 bulan lalu,ayah pula sudah uzur dan tidak mampu untuk berjalan jauh..Teringat masa2 lalu ketika kami satu keluarga berjalan2 atau pergi ke mana2 bersama,adanya ayah dan ibu...Sungguh bahagia sekali ketika itu.. Tapi itu semua hanya tinggal kenangan yang tak mungkin aku lupakan dalam diari hidup aku selamanya...KENANGAN ooohh Kenangan..huhuhu
No comments:
Post a Comment