Sejak dahulu lagi setiap manusia yang lahir di atas atas
muka bumi ini diberikan kasih sayang
oleh kedua ibu bapa..Jarang sekali kita
dengar ibu bapa mengabaikan aspek utama dalam
kebahagiaan sesebuah keluarga
ini. Tapi di sebalik itu, samada sedar ataupun tidak sebenarnya
masih terdapat
jua insan lain yang bernasib malang apabila tidak mendapat
kasih sayang dari
insan tersayang. Jadi dalam situasi ini kita sebagai insan bertuah
sepatutnya
harus bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki.
Kasih sayang yang seperti mana kita inginkan dalam situasi
kita seorang insan yang sempurna
dan dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia?
Siapakah yang kita harapkan untuk memberi
kasih sayang kepada kita? Persoalan
ini mungkin sering kita fikirkan padahal hakikatnya kita
telah miliki segalanya
dalam hidup ini. Masih tidak bersyukur rupanya kita ini dengan nikmat yang
Allah swt berikan kepada kita.Maka terjadilah kalangan kita anak-anak yang
derhaka, isteri
yang tidak mentaati suaminya, suami yang bertindak liar di luar
tanpa pengetahuan si isteri
dan sebagainya lagi.
Jika dilihat dari aspek yang berbeza sedikit di mana nasib
mereka yang tinggal di rumah
anak-anak yatim samada kehilangan kedua ibu bapa
ataupun ditinggalkan oleh ibu bapa.
Dari mana mungkin mereka mendapatkan kasih
sayang? Siapa yang akan memberikan
kasih sayang kepada mereka? Renungkan lah… Memang agak mustahil untuk mereka
menerima kasih sayang yang sebenar-benarnya
walaupun masih ada insan yang sudi
menghulurkannya.Ibarat kata “kasih sayang
ibu angkat,saudara angkat masih jauh tandingannya
dengan kasih sayang ibu
sendiri”walaupun zahirnya dilihat
sempurna di mata orang.
Perjuangan seorang insan kerdil yang kehilangan seorang ibu
sejak kecil lagi untuk
meneruskan kehidupan ini tanpa insan bergelar ibu kadang
kala memungkinkan berlaku d
dua perkara penting samada berjaya ataupun
sebaliknya. Apapun boleh berlaku, dia boleh
menjadi lemah, putus asa dan tidak
mahu memikirkan masa depan dan senang untuk membiarkan
nasib pergi ke mana saja
arahnya “seperti air sungai yang terus mengalir”.Tapi apa yang
membuatkan insan
itu kuat apabila dia mampu berfikir secara positif, mendekatkan diri kepada
Allah swt yang satu dan berusaha di atas rasa semangat untuk berjaya yang
menebal dalam dirinya
Justera itu tanya la dalam hati kita kasih sayang yang
seperti mana yang kita masih perlukan?
Tidak cukupkah nilai kasih sayang yang
telah kita perolehi setakat ini? Sekarang, bukan masanya
hendak menunding jari
kepada sesiapa kerana kasih sayang itu mampu diperolehi dengan
apa cara sekalipun selagi kita tahu menghargai orang yang tersayang dan terdekat dengan
kita.
Sebaliknya kita perlu renungkan dalam hati kita adakah kita menghargai
nilai itu dan sedia
menerimanya walaupun dalam keadaan susah mana sekalipun.Semoga
apa jua yang kita
impikan dan inginkan dalam hidup ini berjaya dimiliki dan kebahagiaan
itu kekal di hati
setiap dari kita. InsyaAllah.