Monday, 29 October 2012

Kasih sayang yang bagaimana kita perlukan?..


Sejak dahulu lagi setiap manusia yang lahir di atas atas muka bumi ini diberikan kasih sayang 
oleh kedua ibu bapa..Jarang sekali kita dengar ibu bapa mengabaikan aspek utama dalam 
kebahagiaan sesebuah keluarga ini. Tapi di sebalik itu, samada sedar ataupun tidak sebenarnya 
masih terdapat jua insan lain yang bernasib malang apabila tidak mendapat
kasih sayang dari insan tersayang. Jadi dalam situasi ini kita sebagai insan bertuah
sepatutnya harus bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki.

Kasih sayang yang seperti mana kita inginkan dalam situasi kita seorang insan yang sempurna 
dan dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia? Siapakah yang kita harapkan untuk memberi 
kasih sayang kepada kita? Persoalan ini mungkin sering kita fikirkan padahal hakikatnya kita 
telah miliki segalanya dalam hidup ini. Masih tidak bersyukur rupanya kita ini dengan nikmat yang 
Allah swt berikan kepada kita.Maka terjadilah kalangan kita anak-anak yang derhaka, isteri 
yang tidak mentaati suaminya, suami yang bertindak liar di luar tanpa pengetahuan si isteri 
dan sebagainya lagi.

Jika dilihat dari aspek yang berbeza sedikit di mana nasib mereka yang tinggal di rumah 
anak-anak yatim samada kehilangan kedua ibu bapa ataupun ditinggalkan oleh ibu bapa. 
Dari mana mungkin mereka mendapatkan kasih sayang? Siapa yang akan memberikan
kasih sayang kepada mereka? Renungkan lah… Memang agak mustahil untuk mereka
menerima kasih sayang yang sebenar-benarnya walaupun masih ada insan yang sudi
menghulurkannya.Ibarat kata “kasih sayang ibu angkat,saudara angkat masih jauh tandingannya
dengan kasih sayang ibu sendiri”walaupun zahirnya dilihat  sempurna di mata orang.

Perjuangan seorang insan kerdil yang kehilangan seorang ibu sejak kecil lagi untuk 
meneruskan kehidupan ini tanpa insan bergelar ibu kadang kala memungkinkan berlaku d
dua perkara penting samada berjaya ataupun sebaliknya. Apapun boleh berlaku, dia boleh
menjadi lemah, putus asa dan tidak mahu memikirkan masa depan dan senang untuk membiarkan
nasib pergi ke mana saja arahnya “seperti air sungai yang terus mengalir”.Tapi apa yang
membuatkan insan itu kuat apabila dia mampu berfikir secara positif, mendekatkan diri kepada
Allah swt yang satu dan berusaha di atas rasa semangat untuk berjaya yang menebal dalam dirinya

Justera itu tanya la dalam hati kita kasih sayang yang seperti mana yang kita masih perlukan? 
Tidak cukupkah nilai kasih sayang yang telah kita perolehi setakat ini? Sekarang, bukan masanya 
hendak menunding jari kepada sesiapa kerana kasih sayang itu mampu diperolehi dengan
apa cara sekalipun selagi kita tahu menghargai orang yang tersayang dan terdekat dengan kita. 
Sebaliknya kita perlu renungkan dalam hati kita adakah kita menghargai nilai itu dan sedia 
menerimanya walaupun dalam keadaan susah mana sekalipun.Semoga apa jua yang kita 
impikan dan inginkan dalam hidup ini berjaya dimiliki dan kebahagiaan itu kekal di hati 
setiap dari kita. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment