Sunday, 28 October 2012

MASA.. Pengurusan masa penting

Apabila kita fikirkan tentang masa, terlintas di hati antara kita tentang apa
nak buat dari bangun dari tidur sehingga lah kembali tidur semula.Melaksanakan apa
sahaja urusan kerja pada hari sebelummya yang belum selesai. Ataupun merancang untuk
terus melakukan sesuatu yang baru mulai hari ini.

Berkaitan dengan masa jua, segelintar dari kita merasakan 24 jam satu hari tu
masih belum mencukupi untuk melakukan apa jua urusan kerja harian kita.
Mengapa sedemikian berlaku? Di manakah kekurangannya? Walau apapun berlaku harus
kita sedari bahawa hakikat masa memang begitu, tiada lebih tiada kurang.

Sebagai seorang manusia seharusnya kita harus bijak memanfaatkan masa agar kita
tak merungut "tak cukup masa la", esok lusa boleh tak dan bermacam-macam lagi.
Ungkapan biasa kita dengari' masa telah cemburukan kita', tapi sebenarnya masa tidak pernah
cemburukan kita sebaliknya kita lemah dalam pengurusan masa itu.

Setiap dari kita mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri, malah yang lebih
rumit lagi apabila tugas kita itu berkait dengan orang lain, kawan-kawan, ketua di tempat kerja kita,
sedara mara dan sesiapa saja.Pengurusan masa sangat penting dalam
situasi ini bagi mengelakkan kemungkinan turut memberi kesan kepada orang lain akibat
dari kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.

Pengurusan masa jua penting bagi mengelakan kita terkandas dalam jadual perjalanan
yang sepatutnya kita lalui. Apa yang lebih penting lagi akibat dari kegagalan itu turut
melibatkan wang yang telah dibazirkan.Dari segi masa juga sebenarnya kita
kadang kala apla dan lalai dengan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dan keutamaan dahulu sebelum perkara lain.

Sebagai langkah yang terbaik kita seharusnya jadual harian, diari harian, nota-nota kecil
agar setiap perancangan kita itu selari dengan kesesuaian masa dan kehendak yang perlu diberi
keutamaan. Apapun kita sebagai manusia memang sering kali melakukan kesilapan
dalam hidup ini,tapi amat malang sekali seandainya kita kurang sedar dan
cuba perbaiki kesilapan itu.Tiada salahnya kalau kita terus cuba belajar dan mencari
ilmu itu agar kita tidak terus tergolong dalam kategori yang lemah.

No comments:

Post a Comment