Monday, 29 October 2012

REDHA atau MERAJUK

Bila rasa terkilan dan hampa itu menjelma, apakah reaksi yang tergambar oleh kita? 
Redha atau merajuk? Keduanya seolah-olah mempunyai maksud yang sama dan ada
kaitan antaranya.Tetapi bila kita katakan redha, timbul pula kata-kata seolahnya
kita merajuk.hahahaaa

Tapi hakikat sebenarnya hanya kita saja yang ketahui. Mungkin menyimpan itu lebih baik
dari meluahkan.Untuk mengharapkan sesuatu yang kita dambarkan agak mustahil kerana kita
sedar akan peluangnya belum pasti lagi.

Terima saja apa yang tersurat dalam kehidupan kita kerana itu mungkin yang terbaik untuk kita.Jangan pernah menyesal menjadi diri kita pada hari ini, mungkin ada kebaikannya yang tidak terlihat di mata kasar, biar la mata hati yang dapat menilainya.. InsyaAllah



lagu dan lirik by deHearty - Pasrah Segalanya



Kasih sayang yang bagaimana kita perlukan?..


Sejak dahulu lagi setiap manusia yang lahir di atas atas muka bumi ini diberikan kasih sayang 
oleh kedua ibu bapa..Jarang sekali kita dengar ibu bapa mengabaikan aspek utama dalam 
kebahagiaan sesebuah keluarga ini. Tapi di sebalik itu, samada sedar ataupun tidak sebenarnya 
masih terdapat jua insan lain yang bernasib malang apabila tidak mendapat
kasih sayang dari insan tersayang. Jadi dalam situasi ini kita sebagai insan bertuah
sepatutnya harus bersyukur dengan kebahagiaan yang kita miliki.

Kasih sayang yang seperti mana kita inginkan dalam situasi kita seorang insan yang sempurna 
dan dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia? Siapakah yang kita harapkan untuk memberi 
kasih sayang kepada kita? Persoalan ini mungkin sering kita fikirkan padahal hakikatnya kita 
telah miliki segalanya dalam hidup ini. Masih tidak bersyukur rupanya kita ini dengan nikmat yang 
Allah swt berikan kepada kita.Maka terjadilah kalangan kita anak-anak yang derhaka, isteri 
yang tidak mentaati suaminya, suami yang bertindak liar di luar tanpa pengetahuan si isteri 
dan sebagainya lagi.

Jika dilihat dari aspek yang berbeza sedikit di mana nasib mereka yang tinggal di rumah 
anak-anak yatim samada kehilangan kedua ibu bapa ataupun ditinggalkan oleh ibu bapa. 
Dari mana mungkin mereka mendapatkan kasih sayang? Siapa yang akan memberikan
kasih sayang kepada mereka? Renungkan lah… Memang agak mustahil untuk mereka
menerima kasih sayang yang sebenar-benarnya walaupun masih ada insan yang sudi
menghulurkannya.Ibarat kata “kasih sayang ibu angkat,saudara angkat masih jauh tandingannya
dengan kasih sayang ibu sendiri”walaupun zahirnya dilihat  sempurna di mata orang.

Perjuangan seorang insan kerdil yang kehilangan seorang ibu sejak kecil lagi untuk 
meneruskan kehidupan ini tanpa insan bergelar ibu kadang kala memungkinkan berlaku d
dua perkara penting samada berjaya ataupun sebaliknya. Apapun boleh berlaku, dia boleh
menjadi lemah, putus asa dan tidak mahu memikirkan masa depan dan senang untuk membiarkan
nasib pergi ke mana saja arahnya “seperti air sungai yang terus mengalir”.Tapi apa yang
membuatkan insan itu kuat apabila dia mampu berfikir secara positif, mendekatkan diri kepada
Allah swt yang satu dan berusaha di atas rasa semangat untuk berjaya yang menebal dalam dirinya

Justera itu tanya la dalam hati kita kasih sayang yang seperti mana yang kita masih perlukan? 
Tidak cukupkah nilai kasih sayang yang telah kita perolehi setakat ini? Sekarang, bukan masanya 
hendak menunding jari kepada sesiapa kerana kasih sayang itu mampu diperolehi dengan
apa cara sekalipun selagi kita tahu menghargai orang yang tersayang dan terdekat dengan kita. 
Sebaliknya kita perlu renungkan dalam hati kita adakah kita menghargai nilai itu dan sedia 
menerimanya walaupun dalam keadaan susah mana sekalipun.Semoga apa jua yang kita 
impikan dan inginkan dalam hidup ini berjaya dimiliki dan kebahagiaan itu kekal di hati 
setiap dari kita. InsyaAllah.

Sunday, 28 October 2012

MASA.. Pengurusan masa penting

Apabila kita fikirkan tentang masa, terlintas di hati antara kita tentang apa
nak buat dari bangun dari tidur sehingga lah kembali tidur semula.Melaksanakan apa
sahaja urusan kerja pada hari sebelummya yang belum selesai. Ataupun merancang untuk
terus melakukan sesuatu yang baru mulai hari ini.

Berkaitan dengan masa jua, segelintar dari kita merasakan 24 jam satu hari tu
masih belum mencukupi untuk melakukan apa jua urusan kerja harian kita.
Mengapa sedemikian berlaku? Di manakah kekurangannya? Walau apapun berlaku harus
kita sedari bahawa hakikat masa memang begitu, tiada lebih tiada kurang.

Sebagai seorang manusia seharusnya kita harus bijak memanfaatkan masa agar kita
tak merungut "tak cukup masa la", esok lusa boleh tak dan bermacam-macam lagi.
Ungkapan biasa kita dengari' masa telah cemburukan kita', tapi sebenarnya masa tidak pernah
cemburukan kita sebaliknya kita lemah dalam pengurusan masa itu.

Setiap dari kita mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri, malah yang lebih
rumit lagi apabila tugas kita itu berkait dengan orang lain, kawan-kawan, ketua di tempat kerja kita,
sedara mara dan sesiapa saja.Pengurusan masa sangat penting dalam
situasi ini bagi mengelakkan kemungkinan turut memberi kesan kepada orang lain akibat
dari kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan.

Pengurusan masa jua penting bagi mengelakan kita terkandas dalam jadual perjalanan
yang sepatutnya kita lalui. Apa yang lebih penting lagi akibat dari kegagalan itu turut
melibatkan wang yang telah dibazirkan.Dari segi masa juga sebenarnya kita
kadang kala apla dan lalai dengan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dan keutamaan dahulu sebelum perkara lain.

Sebagai langkah yang terbaik kita seharusnya jadual harian, diari harian, nota-nota kecil
agar setiap perancangan kita itu selari dengan kesesuaian masa dan kehendak yang perlu diberi
keutamaan. Apapun kita sebagai manusia memang sering kali melakukan kesilapan
dalam hidup ini,tapi amat malang sekali seandainya kita kurang sedar dan
cuba perbaiki kesilapan itu.Tiada salahnya kalau kita terus cuba belajar dan mencari
ilmu itu agar kita tidak terus tergolong dalam kategori yang lemah.

Saturday, 27 October 2012

Aku kembali KERANA.......

Sudah sekian lama aku tinggalkan blog ini,macam2 yang belaku telah menyebabkan usaha untuk 'post' entry tergendala. Kebiasaanya akan dikaitkan dengan masa yang sibuk, kerja yang sibuk dan sebagainya... Tapi itu lah lumrah manusia dalam memberi alasan kan...ahahaaaa..

Apa yang membuatkan aku kembali bersemangat untuk 'update blog' kerana aku telah 'deactive ' akaun Facebook aku. Jadi sekarang aku rasa nak berseronok dengan blog, yang aku rasakan adalah medan yang terbaik untuk aku bercerita dan berkongsi apa-apa saja. Kalau dalam Facebook tu aku rasa macam bosan dan kadang2 tak bersetuju dengan apa yang kawan2 post, tag gambar dan macam2 lagi.. ermmm apapun itu hak masing2 kan, aku tak mencemoh pada sesiapa. Cuma sekadar mengeluarkan pandanganku tersendiri.

Aku harap lepas ni apa yang aku impikan, usahakan dengan kembalinya aktif berblog akan membuka jalan yang lebih cerah bagi mencapai impianku.Aku bukan syok sendiri ataupun angan2 kosong jer tapi di sinilah aku temui permulaannya..Doakan aku berjaya ya..Sesungguhnya doa kawan2 turut sama membantu dalam merealisasikan impianku..InsyaAllah